I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 18 February 2012

Hantaran Untuk Majlis Pertunangan Berapa Bajetnya?

:: Hantaran Untuk Majlis Pertunangan ::




Mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).


Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang2 hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan.


Sebelum memilih barang-barang hantaran, anda kenalah mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu.


Jadi, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.



Berikut disenaraikan hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:

  1. Sirih junjung
  2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt3.
  3. Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
  4. Kain songket
  5. Sejadah
  6. Tuala
  7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
  8. Coklat atau manisan lain
  9. Kek.
  10. Potpourri
  11. Buah-buahan

Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:


  1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang.
  5. Kek.
  6. Buah.
  7. Coklat atau manisan lain.
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb


Di harap anda telah mendapat sedikit idea dalam memilih barang-barang untuk majlis pertunangan anda kelak!





Tuesday 10 January 2012

Cinta hadir tanpa dipaksa Perpisahan terjadi tanpa disangka....

SElamaT TinggaL CHENTA lalu.....

CHENTA kamo0 akan terSEMAT kukuh walaupuN ribuT dan TAuFAN melanda .....
Terlalu perit untuk aku terima biarpun aku dah lalukan yang terbaik untuk kita BAHAGIA.....

BAHAGIA yang aku rasakan hanya sementara....
MAAFKAN aku kerana kekurangan yang ada pada aku....
untuk Kamo0 PERCAYALAH aku sayang ko lebih dr NYAWA aku.....
aku xkan bagi kasih sayang aku ni pada org len selain dr ko....
kenapa ko masih meragui kasih sayang yg aku bagi ni pada Ko???
terlalu jahat ke aku pada mata ko????

TERLALU perit untuk aku telan biarpun kita dah banyak kali terputus tapi kerana teguhnya CHENTA kita, kita masih bersama....
tapi kali ini aku tidak pasti adakah kita masih LAYAK ataupun tidak untuk bersama lagi.....

MAAFKAN AKU....
aku bukan seperti yang kamo0 mahukan....



 Kebencian yang kamo0 bagi pada Aku akan ku Simpan kukuh buat selamanya
terima kasih kerana sebuah
KEJUJURAN............



Sekian.....


2012 bermulanya tahun baru & diary baru sebuah kehidupan . . . ~~~

Assalamualaikum.....

Dah masuk tahun baru rupanya kan..
SELAMAT TAHUN BARU 2012....
bermakna bertambah juga angka dalam kehidupan aku....
mengorak langkah seribu perjalanan meniti pengakhiran kehidupan...
mungkinkah perjalanan hidup aku hingga aku meniti usia sehingga ader cicit??
hahahhahaha......
terlalu aku berimiginasi kan....
mungkin umur aku xsampai separuh usia aku mungkin....
hiihihiihihi....
lawak jugak aku ni mengira kehidupan kan.....
tapi tahu ke aku akan mati pada umur berapa???
semua itu terletak pada takdir ALLAH....
aku akan menerima takdir tersebut dengan REDHA.....

Dah 2 hari di tahun baru aku demam...
xjuga kebah2....
dah mcm2 ubat dah mkn tp xder tanda nk baik.....
jumpa doktor aku malas...
yela bukan ape jumpe dia akan bagi ubat yg sama jer...
malas la....
baik mkn ubat yg masih berbaki ni lg senang kan....
kata seseorang tu "PENYAKIT TU TUHAN YANG BAGI...~~UBAT TU IKHTIAR JE "
betul ckp dia....
aku sgt lemah tuk hadapi semua dugaan ni...
mengapa perlu aku tanggung semua ni sampaikan aku boleh lemah begini sedangkan tiada orang yg peduli tentang perasaan aku ni???
mengapa perlu aku tangisi bila sesuatu hubungan itu terputus???
mengapa mesti aku kecewa saat aku memerlukan insan2 yang aku sayang berada dekat dengan HIDUP aku???
perlukah aku sedih dan menangisi setiap apa yang terjadi???

Kekecewaan ni seperti kecewanya aku kehingan kedua ibu bapa aku....
mereka meninggalkan aku sewaktu aku berusaha untuk memberikan kebahagiaan buat mereka tapi aku terpaksa kehilangan mereka untuk selamanya....
dimana lagi TEMPAT untuk aku mengadu nasig dan tempat untuk aku bergantung HARAPAN....

AYAH pergi tika aku berjuang untuk mendapatkan tempat untuk mendapat tempat untuk sambung pelajaran dan IBU pula pergi bila aku berada ditengah2 pengajian aku.....
aku kehilangan mereka saat aku memerlukan mereka untuk aku mengadu setiap masalah yang melanda hidup aku tapi kini aku tidak dpt meluahkan masalah yang melanda ahidupa aku....
waktu dulu, IBU la tempat aku meluahkan segala masalah....
tentang pelajaran, persahabatan, dan juga kewangan.

Benar kata orang hilang ORG TUA maka goyah la kedidupan seseorang anak itu bila tiada ibu bapa disisi....
seorang ibu BOLEH JGA SEORANG ANAK TAPI SEORANG ANAK XBOLEH NK MENJAGA IBUNYA....
tp aku ingin membahagiakan IBU aku tapi mengapa terlalu cepat ALLAH mengambil NYAWANYA dari aku...belum puas untuk aku merasai kasih sayang dari seorang ibu dan ayah...
AYAH pergi tika aku berumur 20 tahun dan IBU pergi tika umur aku 22 tahun....
betapa beratnya beban yang aku pikul bila kehilangan mereka.

Ayah pergi dalam dakapan aku....
tapi IBU pergi tanpa aku disisinya.....
teramat sedih dan kecewanya aku.....
betapa aku mengharapkan bila ibu aku pergi aku ada disisinya....
YA ALLAH....mengapa kau cabut nyawanya tanpa aku ada disisinya....
aku mahu peluk dia seerat2nya....
IBU pernah berjanji bahawa dia mahu pergi dalam dakapan aku tapi sebaliknya...
bahkan aku tiada disisinya......\\\
TERLALU sedih untuk aku mengingati semua ini yang menimpa aku...


Dan kini.....
kesedihan juga menyelimuti kehidupan aku...
aku tidak lagi tulang belakang kepada diri dia...
tidak lagi tempat untuk aku meluahkan...
bercerita...berkongsi masalah....\
dan segalanya.....
Aku PASRAH YA ALLAH dengan takdir dan segalanya yang telah kau berikan pada aku.....


Mungkin ini semua takdir yang teragung kerana dosa-dosa silam yang pernah akua lalukan.....
terlalu berdosa aku kerana lakukan semua itu.....
JAHILNYA aku YA ALLAH......


MAAFKAN AKU......







.